Thursday, November 26, 2009

Jerih, derita dan PERPISAHAN

Jerih itu kekadang meletihkan. Derita acap jua memurungkan. Dan perpisahan telah memadam segaris senyuman.

Namun jerih menyumbang kepada hasil yang menggembirakan. Kejayaan berkat usaha tanpa putus asa. KEJAYAAN - lebih makna bersama penghayatan kepada teriknya mentari ketika mengejar. Manisnya terasa benar - menggenggam kejayaan - tatkala mengimbau peritnya menempuh kerikil jalanan.

Derita, meski membuatkan kita membungkam, namun tetap jua diteruskan. Derita MEMATANGKAN kehidupan. Langkah terasa lebih saksama, hatta mimosa tak terpijak dek kaki yang terbuka. Tipu daya ditangani sebijaknya. Ya, derita itu laksana ujian Yang Maha Penyayang. Akur akan kekuasaan-Nya, namun tetap jua membanting daya. Tetap jua bijak mengharungi segalanya.

Oh, perpisahan. Terpadam senyuman, namun di hati tersemat kerinduan. Ukhuwah sejati hanyalah kerana Tuhan. Liajalihi Taala La Ligharadhi Dunyawiyy. Perpisahan membawa kepada kerinduan. Dan kerinduan itu menambah tali ukhuwah. Perpisahan, rindu, ubatnya adalah doa yang berpanjangan. Semoga dia di sana tetap cekal. Tetap di bawah naungan-Nya, redha-Nya! Bukankah doa untuk sahabat yang dipanjatkan tanpa pengetahuannya lebih mustajab? Insya-Allah. Apa? Ukhuwah Fillah Abadan Abada.


Jerih, derita dan perpisahan. Mengajar kita menjadi insan.


Jerihnya menuntut ilmu.
Deritanya belajar berjalan.
Berpisah tatkala menjejak gapura persekolahan.


Oh, aku belajar menjadi insan
DIPANDU RAHMAT DAN KASIH SAYANG TUHAN!
Alhamdulillah...

Nota: didekasikan buat sahabatku yang teristimewa

Thursday, July 23, 2009

Islam - Kunci Kejayaan Tamadun Terulung dalam Sejarah


Salam ukhuwah salam intelektual.

Inteligensia islam pernah dahulu menggoncang dunia. Meributtaufankan gurun kontang dengan kekencangan ilmu. Sang tamadun mencanak naik dalam gah. Dalam iman, mereka kukuhkan cita-cita.

Islam - Kunci Kejayaan Tamadun Terulung dalam Sejarah

Baghdad pernah diiktiraf sebagai pusat ilmu. Andalusia pernah gah menyanyikan syair-syair kegemilangannya. Kitab-kitab dikarang oleh sang cendekiawan dan ilmuwan. Ya, mereka perintis kepada kecanggihan marcapada yang sayangnya kini digenggam kuffar durjana.

Di mana kita, sang perwira syabab Islam?

Di mana pahlawan seumpama Sultan Muhammad al-Fateh?...

Saturday, April 4, 2009

BestBook : Tip-tip Cemerlang daripada al-Quran


Danial Zainal Abidin
published by PTS Millennia Sdn BhdRM 29.00 / RM 32.00 (Sabah & Sarawak), 
983-3372-20-1; 
9789833372201
Tarikh Terbit: 10 October 2007 ; 
Jumlah Muka Surat : 312 halaman

Umat Islam adalah umat terbaikyang dikeluarkan kepada manusia. Pada suatu masa, umat Islam berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Kecemerlangan mereka diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Mereka berjaya menjadi global champion.

Apakah faktor yang menyebabkan mereka cemerlang? Apakah proses-proses yang perlu dilalui? Apakah 'peta' yang digunakan sehingga menjadikan mereka manusia unggul dan cemerlang?

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, ia adalah alat bagi mancapai kecemerlangan akhirat. Namun begitu, jalan kecemerlangan memerlukan peta. Quran adalah peta yang lengkap lagi sempurna. Buku ini memberikan semangat baru dengan tip-tip cemerlang yang diolah daripada Quran.