Wednesday, March 31, 2010

COKLAT, COKLAT, COKLAT ;
Generasi MTS - Hiasilah Container Ilmu! – Bahagian 1

Kita - generasi MTS - kelak akan berdepan masyarakat.

Kita punya banyak elemen. Kita ada hafazan al-Quran. Kita ada akademik. Kita ada ilmu agama. Kita ada sains. Kita ada kokurikulum. Kita ada penghayatan agama. Kita lalui tarbiah. Dan Insya Allah, kita ada TAQWA.

Sementelahan itu, sewajarnyalah kita punya variasi dan warna-warni untuk menambat minat masyarakat terhadap penghayatan dan pengamalan Islam!



"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam..."

Container - Persepsi Awal (First Impression) kepada Content

Andaikan anda pengeluar coklat.
Cuba ajak pelanggan jejakkan kaki ke kedai yang menjual semua coklat keluaran syarikat anda. Sekiranya dia sang peminat coklat, sudah pasti dia boleh mengetahui yang mana benar-benar coklat asli, mana yang mudah mencair di dalam mulut, mana yang enak, mana yang mengeringkan tekak...

Andai anda baru hendak memperkenalkan coklat kepadanya, mungkin dia akan bingung untuk membeli jenama yang mana. Andaikan ada tiga keadaan pada container atau pembalut bungkusan coklat anda;

Keadaan pertama : Bungkusan berwarna muda. Ada tulisan: ‘COKLAT INI SEDAP’.

Keadaan kedua : Bungkusan berwarna terang. Ada gambar biji koko. Ada tulisan, ‘COKLAT INI SEDAP. DIPERBUAT DARIPADA CAMPURAN BIJI KOKO DAN PELBAGAI EKSTRAK LAIN’.

Keadaan ketiga : Bungkusan berwarna-warni. Warna-warnanya diadun menarik. Ada gambar coklat, biji koko dan ilustrasi ekstrak terlibat. Ada gambar seseorang sedang memakan coklat dengan menggambarkan ekspresi yang penuh kenikmatan. Ada corak-corak menarik. Ada bunga-bungaan yang sedondon. Ada reben dan pelbagai lagi, ditambah tulisan, ‘NIKMATI KEENAKAN COKLAT INI YANG MENCAIR DI DALAM MULUT ANDA DAN MENGUSIK SELURUH DERIA KELAZATAN ANDA. DIPERBUAT DARIPADA CAMPURAN BIJI KOKO DAN PELBAGAI EKSTRAK LAIN. DIJAMIN LAZAT DAN BERMUTU’.
Coklat yang mana lebih menggamit selera? Lebih menambat jiwa?

Umpamakan situasi tadi sebagai satu analogi. Andaikan coklat itu adalah ilmu. ILMU TAUHID. ILMU AGAMA. ILMU ROHANI. Anda sebagai pengeluar coklat, anda ingin menyampaikan coklat itu untuk dinikmati pelanggan anda.

Hiasan pada bungkusan coklat itu mempengaruhi first impression kepada rasa coklat itu sendiri. Ini sekaligus menambat minat masyarakat untuk lebih mendalami ilmu agama. Kita yang terdedah dengan pelbagai elemen, kita seharusnya memanfaatkan elemen itu untuk mewujudkan rona indah dan warna yang bervariasi dan menarik dalam berdakwah kepada masyarakat.

Container – first impression kepada content.

Wallahu A'lam, betulkan jika tersalah.

Bersambung...

0 comments:

Post a Comment