Thursday, March 29, 2012

Muhasabah Hari Lahir : Sudut Pandang FJAX0114 (Statistics and Probability) dan Penghayatan Islam


('aku' : diriku sendiri, dan kita sendiri juga, mari muhasabah)

Hari-hari berlalu seiring masa beredar di atas paksinya - paksi fitrah Islam, tanpa ingkar. Sehingga hari ini. Aku merenung diri. Adakah sekadar hidup (العيش) atau menjalani kehidupan (الحياة)?

Gesaan supaya muhasabah dan hijrah; sudahkah aku bermula?

Allah, Allah, Allah, menyesalnya.
أستغفر الله العظيم
.

Aku tersedar; perlunya muhasabah dan koreksi amalan. Aku teringat pesan mutiara Sayyidina Ali,

"حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا"
Maksudnya : Muhasabahlah dirimu sebelum kamu dihisab (di akhirat).

Allah, betapa benarnya. Tanpa muhasabah, entah sedar atau tidak akan amalan seharian kita yang bercampur-baur antara kebaikan dan maksiat kepada Allah (baca: penentangan kepada Allah). Jika muhasabah, baru terang lagi bersuluh akan kedua-duanya.

Semacam ungrouped data. Berselerakan tanpa sedar. Lantas hadirnya inisiatif untuk mengkelaskannya. menjadi grouped data. Terbahagi mengikut class usia. Nampak jelas akan banyak sedikitnya amalan kita.

Allah, Allah, Allah, menyesalnya.
أستغفر الله العظيم.

Muhasabah lebih dalam. Nilai dengan lebih teliti. Amalan dan dosa apakah yang kerap kulakukan? Aku mengira mode datanya - (the value with highest frequency). Amalan itu - alhamdulillah, ya Allah, kuatkanlah aku untuk mengekalkannya dan meningkatkannya. Dosa itu - astaghfirullah, ya Allah, bantulah aku untuk berhenti dan membencinya.

Muhasabah lebih dalam. Nilai dengan lebih teliti. Kujujukkan amalanku. Nilai median (the middle value) kukira. Di tengah-tengah class usia. Di puncak masa. Ketika itu, di atas jalan manakah aku? Benarkah atau batilkah?

Muhasabah lebih dalam. Nilai dengan lebih teliti. Kujumlahkan amalanku yang tidak seberapa itu. Belum kira lagi antara ikhlas atau tidak. Mean (the average value) terhasil daripada kiraan. Allah, memadaikah hasilnya dengan masa yang dihabiskan dalam seluruh class usia itu?

Allah, Allah, Allah, menyesalnya.
أستغفر الله العظيم.

Belum lagi diambil kira dari faktor ukuran serakannya (measure of dispersion). Nilai variance dan standard deviation bagi amalanku - kadar serakan itu dan tertitip di atas bentangan graf. Graf amalan dan iman. Allah, teruknya!

Benar kata Prof Madya Dr Jusoh Yacob, pensyarah Algebra & Calculusku; segala dalam kehidupan ini merupakan probability. Probability: adakah aku akan melakukan dosa atau pahala sebentar lagi? "Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya" (Surah al-Syams, ayat 8). Nilai probability of success (theta) bagi Binomial Probability dalam hidupku - antara akan melakukan amalan kebaikan dan maksiat - X~Bin(n,theta) jelas bergantung kepada imanku. Tinggikah atau sekadar cukup makan? Bagaimanakah jika theta yang tidak kuiingini (tak sanggup kusebutkan di sini) lebih dominan?

Allah, Allah, Allah, menyesalnya.
أستغفر الله العظيم.

Cukup. Aku terduduk. Terjelepok.

Silibus dan subtopik dalam subjek FJAX0114 : STATISTICS & PROBABILITY bukanlah berhenti setakat ini. Kaedah penilaian yang lebih mendalam yang boleh diaplikasikan dalam penilaian kehidupan terlalu banyak, namun di tahap asas ini pun sudah membuatkan hatiku menangis.

Aku rebah tersungkur. Ya, aku, seorang hamba yang hina di hadapan Tuan Yang Bersifat dengan Segala Sifat-sifat Kesempurnaan-Nya. Air mata bercucuran.

Allah, Allah, Allah, menyesalnya.
أستغفر الله العظيم.

Wahai diri,

Hari ulangtahun kelahiran menandakan meningkatnya usiamu dalam kembara kehidupanmu. Ya, seiring dengan itu meningkatnya data dalam statistic kehidupan. Meningkat juga probability untuk melakukan dosa. Malahan, meningkatnya jumlah hutangmu dengan-Nya. Semakin banyak kuantiti oksigen yang dihirup, rezeki yang dilahap.

Setimpalkah amalan dalam melunaskan hutang itu?
Ya Allah, ampunilah, bimbinglah dan kuatkanlah. Sahabat, doakanlah! Amin...

(ucapan selamat hari jadi yang diterima terasa merobek-merobek kalbu yang pilu, di luarannya aku hanya mampu tersenyum pahit)
 
Kredit :
Pensyarah FJAX0113 (Algebra & Calculus ) : Prof Madya Dr Jusoh Yacob
Pensyarah FJAX0114 (Statistics & Probability ) : Prof Madya Wan Fauzi Wan Mamat




12 comments:

  1. sedih bace post nta syuaib..

    ReplyDelete
  2. moga bertambah amalan dan ketaqwaan ^_^

    ReplyDelete
  3. anonymous & kak farah:
    sama-sama kita muhasabah&hijrah..ana pun banyak sangat kekurangan..

    ReplyDelete
  4. statistic in islam :) cukup indah~ ilmu dunia yang bersangkut-paut ngn ilmu akhirat :')

    ReplyDelete
  5. teAm!eyL

    Betul..setiap ilmu itu hakikatnya bersangkut paut dengan Islam dan ilmu akhirat..kerana itulah ana memilih course ini: Asasi Pengajian Islam dengan Sains Universiti Malaya (Double Major Degrees)

    ReplyDelete
  6. akhi! ujian itu sunnah kehidupan... dan yang namanya "manusia"itu tidak lari dari dosa.., tapi biar hari-hari kita dipenuhi istighfar.. =)

    ReplyDelete
  7. subhanallah...tanpe sedar sume terkait dalm kehidupn kite.....

    ReplyDelete
  8. pearson coefficient of skewness dpt brape?

    ReplyDelete
  9. Diniey Asyraf:

    nilainya dirahsiakan..kalau tak nanti kau boleh find ar nilai mode, median ngan mean bagi amalan aku..hu3..biarlah kita koreksi diri masing-masing..muhasabah&hijrah..dan tegurlah andai ada tersasar dalam perjalanan kembara ini..syukran..

    ReplyDelete
  10. Kredit kepada akhi Muhammad 'Ammar bin Abdul Wahab, mantan Ketua Umum Maahad Tahfiz Sains, ayat ini ditambah dalam post:

    "Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya" (Surah al-Syams, ayat 8).

    ReplyDelete
  11. hmm,,syukrn jiddan,,bnar2 mmbuka hati seorg abid..

    ReplyDelete
  12. smoga diteruskan penulisan2 begini....i.Allah...

    ReplyDelete